Bosan..
Kenapa kau terjah dalam kehidupan?
Kenapa kau ganggu ketenteraman?
Kenapa kau hantui kesejahteraan?
Bosan..
Tolong lah pergi
Tolonglah fahami
Tolonglah jauhi diri ini
Argh…aku benci bosan
Aku benci kebosanan
Aku benci kerana ia membosankan
Aku benci….
Cuba fikirkan seketika..
Barangkali kau yang mereka-reka kebosanan
Barangkali juga kau yang menjadikan hidupmu bosan
Barangkali kebosanan itu adalah kau sendiri!
Hmm….astaghfiru llahal’azim!
Ingatlah Tuhan jika kau bosan
Sujudlah kepadaNYA jika kau masih bosan
Berdoalah agar kau dihindari bosan
Bersyukurlah dengan kebosanan
Kerana kemungkinan…
Terdapat nikmat di sebalik BOSAN..

No comments:
Post a Comment